tahun baru , sejarah baru
kawan baru , musuh baru
sedar tak sedar sekarang dah ramadhan
lepas ni syawal
2013 pun sedang menggira hari untuk melabuhkan tirai
meninggalkan semua luka dan suka
hanya kenangan yang dibawa bersama
empat tahun hidup dalam komuniti yang sama
ada jatuh ada bangun
banyak kesalahan yang dilakukan
tapi orang kata ,
kesalahan itu yang mengajar seseorang untuk menjadi baik
tapi lumrah hidup
orang akan cari kesalahan kita itu sebagai point untuk menjatuhkan kita
kita dah lama pendam
kita dan lama diam
tak pernah nak melawan
tapi kat saat akhir , kita jugak yang kena
kita semua penat
penat kena tindas
penat kena fitnah
penat kena marah
tapi kita masih ada kita
kita masih ada trailblazers
yang akan sokong walaupun semua orang membenci
tapi satu keluarga itu akan jatuh kalau ada ahlinya yang bergaduh
ego itu perlu
tapi fikir balik
kawan yang selama ni kita share semua masalah
takkan kita nak masam muka sampai akhir tahun
or maybe sampai tahun depan ?
takkan lah nak habiskan zaman sekolah dengan gaduh ?
nak cerita kenangan apa kat anak-anak nanti ?
bulan baik ni
tak salah untuk kita beri kemaafan
macam yang selalu faezah cakap
masing-masing dah besar
masing-masing dah ada orak sendiri boleh fikir
eh kemon lah kita dah belajar addmaths kot
tipu tak boleh nak fikir lagi
sorry tu bukan lah susah pun nak cakap
tapi ia akan jadi satu word yang bermakna kalau kita betul-betul ikhlas
selamat menyambut ramadhan
bagi saat terakhir ini
Saturday, 3 August 2013
Wednesday, 19 December 2012
#4
so first thing first ,
alhamdulillah dah lepas satu bala .
19/12/2012 tarikh keramat for trailblazers sebab results pmr diumukan
so seperti yang dijanjikan kami memakai colour tema which is oren
tapi ada jugak dua tiga makhluk Allah ni yang tak pakai
datang-datang semua berkumpul depan office while tunggu bonda
waktu tu happy sebab dapat jumpa kawan
tapi perasaan cuak masih tidak boleh disembunyikan
so dalam pukul 11 lebih ttbe nampak van kementerian malaysia datang membawa our beloved bonda yang juga pada masa itu memegang result kami
so semua dah omg !
tapi bonda masuk office dulu . muka dia happy so kita orang pun Alhamdulillah
then waktu bonda dalam office fotostat kitaornag punya result
ada wartawan ni datang okay buat muka happy sebab nak masuk dalam paper
memang sekor-sekor fake gila ah waktu tu
ada pulak tengah cuak buat muka happy
tapi biasalah we all kan ? bab bergambar tidak akan dipandang remeh
jadi kita orang pun buat ah muka gembira
then semua gerak pergi hall since bonda dah settle everything
dia announce everything yang perlu
then we all beratur ikut kelas
pergh cuak waktu tu tidak dapat ditafsirkan oleh diri sendiri mahupun ibu bapa
tapi alhamdulillah kepada yang dapat
dan yang tersungkur tidak semestinya jatuh selamanya
tkc telah dinobatkan sebagai sekolah terbaik di negeri sembilan
dan keempat dalam kedudukan sbp
satu pencapaian yang membangakan bagi kami
apa yang lepas , tidak akan dikenang
bagi yang berjaya , ini akan jadi hari yang paling menggembirakan
bagi yang tidak mencapai matlamat ,
trailblazers akan ada untuk support anda dari belakang
alhamdulillah Ya Allah
Thursday, 13 December 2012
#3
so right away after PMR , on hari rabu kitaorang gerak pergi camp khalifah muda dekat terengganu
perjalanan aku pun tak tau berapa lama tapi kira sampai waktu zohor kot tak silap
waktu datang , semua orang rasa nak balik sebab kena marah tak silap
after solat zohor kitaorang pergi buat aktiviti yg pertama which is macam explore race ah
dekat taman monumen
so after habis je aktiviti ni , of course semua orang penat sebab lari sana lari sini
so kitaorang pun pasang khemah and siap for maghrib and get ready for next aktiviti
so next aktiviti after makan malam is buat keropok lekor and night walk
haha malam paling best serius . haha
so house yellow and red buat night walk dulu
green dengan blue buat keropok lekor
cerita pasal night walk dulu ah. so faci tu kata , keluar boleh pair . so waktu tu semua orang suka tahap tak ingat ah sebab lega tak payah jalan sorang-sorang
then dia pilih ikut random je . so bila keluar ada lah sikit tazkirah from cikgu nidzam
sekali , ada faci ni suruh bilih macam lidi ah .
siapa amik panjang kena lalu jalan panjang which is kurang sikit gangguannya sebab memang keras dan siapa amik yag pendek lalu laluan yg pendek which is banyak cabaran yg terpaksa dihadapi
hah time tu sumpah semua orang macam apa je sebab tertipu ingat boleh jalan dua orang
haha so confirm ah kena kacau semua . baling tin ah apa ah tapi serius best ah .
tapi ada jugak ah yg nangis semua sbb tak semua orang berani
after dah habis switch section pulak pergi buat keropok lekor
yg ni biasa je , dia ajar buat keropok lekor semua dan kita orang pun buat dan makan
after that semua boleh gerak tidur
hari first je dah penat macam apa je . so tidur dalam khemah yg dikongsi empat orang dahn sangatlah tak selesa sebenarnya .
dalam tengah nyenyak tidur , ttbe pukul 3 hujan . aaaah menggelupur semua orang bangun and tak tau nak tidur kat mana semua masuk dewan tu pun tak boleh tidur sebenarnya sebab ada majlis haritu so merempat lah . sangat lah tak selesa . dan masa tu;ah perasaan nak balik membuak-buak dalam diri setiap individu
tau tau je dah pukul 5 so semua siap ah nak pergi solat subuh . after solat subuh kitaorang semua belajar marhaban . aktiviti paling seronok sebenarnya dan diajar oleh ustad amzar
so after sarapan kitaorang pecah untuk dua aktiviti
yellow and red pergi buat water confident dan selainnya pergi buat aktiviti apa aku dah lupa tapi macam merentas halangan ah
water confident is semua orang kena masuk air dan berenang mengikut tali . senang je and best dan basah
best gila omg lagi-lagi part terjun tu and plus air sangat sejuk dan deras
after dah siap semua kitaorang switch pulak macam biasa buat merentas halangan .
memang banyak halangan sebenarnya
haha tapi time ni ah nak practise teamwork dan sangatlah best
so after that semua badan dah kotor dengan lumpur semua kitaorang kena siap nak pergi sesma untuk macam batch marking
yg lawak dalam bas semua orang tidur , padahal satu jam je perjalanan
sepatutnya , kitaorang pergi sesma buat outdoor tapi memandangkan hujan so terpaksa ah buat indoor
main congkak semua , carom bagai , chess
tapi budak sesma kira sporting jugak ah cuma loghat yg agak sukar untuk kami memahaminya
so after that kita orang pun balik dekta tti
ingatkan boleh ah rehat sekali kena main bola beracun bagai
aaaaah taram jelah
lawan every house then after that semua dah penat
tapi kena siap jugak for maghrib
so after maghrib malam tu kitaorang pergi buat batik .
ni aktiviti paling sempoi ah
serius
so malam tu is malam last kitaorang kat terengganu
hahah time tu semua sedih tak nak balik sebab dah rasa seronok
and plus kitaorang tak sun burn sebab lebih banyak hujan dari panas
hahah bapak gila bertuah
and malam tu hujan , plus khemah masing-masing dah basah dah bertakung air dah pun
so kitaorang dapat tidur kat dewan
bergelimpangan dah macam mangsa banjir pun ada sebenarnya
hahah
tapi malam tu semua ah tidur nyenyak
so esok bangun macam biasa solat subuh
tak ada aktiviti sangat just pusing kuala terengganu naik bot
after that ada majlis penutup then penyampaian hadiah semua dan kitaorang kemas untuk balik
dah selesai tangkap gambar semua
sampai ah masa nak balik kolej balik
serius terengganu best gila
terima kasih sebab baca
Wednesday, 12 December 2012
#2
okay tau macam lambat dah nak cakap
tapi batch kami , trailblazers sudah selesai menduduki PMR
agak tough ah jugak soalan this year
tapi kita orang just menyerah pada takdir .
after last paper kami bersama-sama berjemaah ke surau dah melakukan sujud syukur ke hadrat Illahi
dan after that bermulah hidup dalam kesibukan
pertandingan kalau boleh memang nak banyak lagi.
tapi one thing for sure , kita orang kira enjoy jugak ah buat semua aktiviti tu
so okay . thanks for reading
Subscribe to:
Posts (Atom)