Saturday, 3 August 2013

#6

tahun baru , sejarah baru
kawan baru , musuh baru
sedar tak sedar sekarang dah ramadhan
lepas ni syawal
2013 pun sedang menggira hari untuk melabuhkan tirai
meninggalkan semua luka dan suka
hanya kenangan yang dibawa bersama
empat tahun hidup dalam komuniti yang sama
ada jatuh ada bangun
banyak kesalahan yang dilakukan
tapi orang kata ,
kesalahan itu yang mengajar seseorang untuk menjadi baik
tapi lumrah hidup
orang akan cari kesalahan kita itu sebagai point untuk menjatuhkan kita
kita dah lama pendam
kita dan lama diam
tak pernah nak melawan
tapi kat saat akhir , kita jugak yang kena
kita semua penat
penat kena tindas
penat kena fitnah
penat kena marah
tapi kita masih ada kita
kita masih ada trailblazers
yang akan sokong walaupun semua orang membenci
tapi satu keluarga itu akan jatuh kalau ada ahlinya yang bergaduh
ego itu perlu
tapi fikir balik
kawan yang selama ni kita share semua masalah
takkan kita nak masam muka sampai akhir tahun
or maybe sampai tahun depan ?
takkan lah nak habiskan zaman sekolah dengan gaduh ?
nak cerita kenangan apa kat anak-anak nanti ?
bulan baik ni
tak salah untuk kita beri kemaafan
macam yang selalu faezah cakap
masing-masing dah besar
masing-masing dah ada orak sendiri boleh fikir
eh kemon lah kita dah belajar addmaths kot
tipu tak boleh nak fikir lagi
sorry tu bukan lah susah pun nak cakap
tapi ia akan jadi satu word yang bermakna kalau kita betul-betul ikhlas
selamat menyambut ramadhan
bagi saat terakhir ini